Jumaat, 15 Februari 2013

Kemalangan di jalan yang lurus!

 macamana! boleh berlaku kemalangan di jalan yang lurus ni!
dari sumber yang kami dapatkan,lori membawa batu kasaran pancit tayar!
 kemudian datang lori treler telah merempuh lori batu yang telah sedia meletakkan kenderaan di bahu jalan! walau anda lihat keadaan lori begitu menyayat hati,akhirnya! 
pemandu treler telah turun sendiri tanpa dibantu! dan telah di hantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut! 


Khamis, 17 Januari 2013

PEMANDANGAN DI DALAM PORT



wow! indah sungguh pemandangan dalam pelabuhan ni! dengan jentera2 gergasi! yang sentiasa siap sedia melakukan tugas2 pemunggahan kontena! 

BUCKLE BELT






                            -Buckle belt RALEIGH LIGHT truck
                            -ukuran 3 1/2inci x 2 1/2inci
                           -harga rm45.00
                            -stok terhad 

Ahad, 6 Januari 2013

'SALAM PERJUANGAN'

DALAM KAMI TERUS MARA MEMPERJUANGKAN NASIB PEMANDU2 KONTENA AYUH SAMA-SAMA KITA ''BERJUANG BERSAMA'' MELALUI PERSATUAN!!ONAK DAN DURI PASTI DITEMPUHI! KATA2 SINIS DAN SINDIRAN PASTI ADA,MARILAH RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN BANGKIT! UNTUK KITA SAMA2 PERJUANGKAN! 
         "KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG   
                    MANAKAN DAPAT SAGUNYA!"
                            'BERSAMA BERJUANG"

Sabtu, 5 Januari 2013

BETAPA MOHON DI JAUHKAN

kemalangan tidak berbau! berhati hati lah ketika memandu!
ingatlah orang tersayang!

SYARAT SYARAT MENJADI AHLI

fasal;6.BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN.

1.bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut;
              Bayaran masuk rm50.00(lima puloh ringgit sahaja),
            ;yuran tahunan rm48.00, 
(bersamaan rm4.00 untuk satu bulan,yuran bulanan mesti dibayar sekurang2nya untuk 6 bulan untuk memudahkan proses pemungutan ahli!)
2.yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 10(sepuluh hari)dari awal tiap-tiap tahun.
3.Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang akan ditandatangani setiausaha atau wakilnya,dan hilanglah hak-hak keistemewaan sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
4.ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlahyuran bagi tiga bulandengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakanyang sah diambil,terhadapnya dengan syarat mereka berpuashatiyang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
5.Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucutdisebabkan hutang.
6.Yuran khas dan kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli,sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

fasal;7,
1.ahli yang ingin berhenti menjadi ahli pertubuhanhendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh   jawatankuasa.
    sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau    
atau penggantungan secara bertulis,ahli tersebut jugahendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda ata membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.   
  

Jumaat, 4 Januari 2013

BEGINILAH ANTARA KEADAAN DISESETENGAH YARD KONTENA


Beginilah antara keadaan depoh/yard kontena yang selalu terpaksa dilalui pemandu semasa proses pemunggahan kontena,keselesaan pemandu tidak dijaga walau pun telah membayar DGC charge, apakah kami layak dilayan sebegini!

p/s;SYABAS! kepada depoh/yard yang menjaga keselesaan pemandu2 kontena!