Sabtu, 5 Januari 2013

SYARAT SYARAT MENJADI AHLI

fasal;6.BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN.

1.bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut;
              Bayaran masuk rm50.00(lima puloh ringgit sahaja),
            ;yuran tahunan rm48.00, 
(bersamaan rm4.00 untuk satu bulan,yuran bulanan mesti dibayar sekurang2nya untuk 6 bulan untuk memudahkan proses pemungutan ahli!)
2.yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 10(sepuluh hari)dari awal tiap-tiap tahun.
3.Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang akan ditandatangani setiausaha atau wakilnya,dan hilanglah hak-hak keistemewaan sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.
4.ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlahyuran bagi tiga bulandengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakanyang sah diambil,terhadapnya dengan syarat mereka berpuashatiyang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
5.Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucutdisebabkan hutang.
6.Yuran khas dan kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli,sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

fasal;7,
1.ahli yang ingin berhenti menjadi ahli pertubuhanhendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh   jawatankuasa.
    sebelum jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau    
atau penggantungan secara bertulis,ahli tersebut jugahendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda ata membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.   
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan