LATAR BELAKANG PERSATUAN,
Motto;Bersatu Kita Teguh Mengejar Wawasan,Bersih Cekap Amanah Cemerlang
Gemilang Terbilang
Objektif; ke arahmembangunkan modal insan dan sosioekonomi para pemandu secara muafakat dan konsisten,seterusnya menjadi pembela dan pelindung utama terhadap hak dan kebajikan pemandu pemandu
kontena semenanjung malaysia.
Sejarah penubuhan;Didaftarkan sebagai pertubuhan dibawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada tarikh 24-12-2007 dengan keahlian awal seramai 29 orang terdiri daripada pemandu pemandu kontena di Pelabuhan Klang,Persatuan mendapat kepercayaan dari ADUN sementa,Klang.beserta surat sokongan dan terus bergiat aktif menjalankan aktiviti yang dapat meningkatkan produktiviti dan menyelesaikan masaalah berkaitan,kini berkat sabar dan usaha berterusan ,keahlian persatuan meningkat kepada 100 ahli berdaftar,
Persatuan mensasarkan 2000 ahli terdiri daripada pemandu pemandu kontena semenanjung pada penghujung tahun2012.persatuan bermula tanpa dana,hanya bermodal kan yuran keahlian untuk aktif dan menjalankan aktiviti hingga kini.
kerjaya pemandu kontena telah bertapak di Malaysia sejakebih kurang 50 tahun lamanya,Namun,kerjaya yang menjadi salah satu tulang belakang industri import export negara dipandang enteng dan kebajikan pemandu tidak dipedulikan,Hingga kinipara pemandu hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Berhadapan dengan pelbagai risiko dan cabaran ,para pemandu tetap terus bekerjabersengkang mata
siang dan malam berbekakan gaji pokok yang tidak seberapa. Sejak 50 tahun lalu,tidak banyak bezanya dengan keadaan kini dalam kehidupan pemandu kontena.Hal ini telah memberi kesan negatif terhadap moral dan semangat para pemandu,tambahan kepada mereka yang telah lama berkhidmat dalam industri logistik ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan